Sabtu, 28 Desember 2013

Amy Search Doakan Kebahagian Nabila

Amy Search

Penyanyi rock lagenda, Amy Search menitipkan doa agar kebahagiaan yang diraih anaknya, Nabila Huda bersama kekasihnya kini akan berkekalan sampai bila-bila jika itu adalah jodoh Nabila.
“Saya sebagai bapa, memang saya bersedia dan kalau itulah jodoh dan kebahagiaan dia (Nabila), saya terima,” katanya ketika ditemui Mynewshub, baru-baru ini.
Nabila sebelum ini telah membuat pengakuan bahawa hatinya kini telah dicuri oleh kawan baiknya sendiri iaitu pelakon dan dj kelab, Nas-T.
Malah, aktres yang baru saja dinobatkan sebagai pemenang trofi Pelakon TV Wanita Terbaik di Anugerah Bintang Popular itu menyifatkan hubungan dengan kekasihnya itu sebagai serius dan mungkin akan mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat jika jodoh di antara mereka sudah sampai.
Ketika ditanya mengenai rancangan perkahwinan anaknya itu, Amy berkata, “sekiranya saya tak dengar dari mulut Nabila sendiri dan jumpa saya, saya tak nak komen apa-apa”.
Nabila, anak sulung kepada penyanyi rock itu sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan bekas suaminya, Zaidi Zailani pada 2008 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Keisha Laila yang berusia tiga tahun.

sumber
Video: RIZA RAZAK


Tidak ada komentar:

Posting Komentar